Thursday, February 26, 2009

Mencari


Siapa pun

adalah anak kecil yang sendiri

melepas harapan di awan

berlari di tebing-tebing sungai

mencari punca alur dan mengekor alir air

seperti masa yang berlari dan tidak

mahu berhenti

segala yang disentuhnya jatuh

kesakitan menahan keinginan


Seperti rama-rama yang terbang

dari bunga ke bunga

lelaki kononnya dijadikan sebagai

makhluk paling gagah dan berguna

lalu menguasai setiap keinginan

yang kehilangan punca

terlupa akan tiba dan berlalunya

hari dewasa


Siapa pun

akan dewasa akan terus memohon

restu dari tuhanterbongkok-bongkok melawan ketuaan

merayap di tebing-tebing sungai,

air mengalir adalah dirinya

lantas dia adalah pusaran yang

berpusing tanpa arah

menentang puncanya sendiri

segala yang dilingkungnya akan

membikinnya bertambah lemah.


Bangsaku yang bersedih

hidup adalah keinginan yang memaksa
(Jaafa HS. 1974)

No comments:

Post a Comment