Saturday, April 25, 2009

kejutan untuk hari bersejarahku

12.00 > tengah malam.....

jeng...jeng...jeng.....

emmm tetiba jer bunyi ketuk pintu, gaya cam kenal... x kan lah plak.... kata balik esok!!!!
bunyi lagi... sapa lah tetamu yang tak diundang ni... memekak jer....
buka jer pintu "happy birthday"

waouuuuu terkejut giller... hehehehe x sangka nak dapat kejutan daripada kema n saiman... memang tak terduga... pandai ek kema!!!!.. kata balik UKM esok.... cam tu r, tiap2 tahun dae je suprise darinya menjelang hari bersejarah kawan2....terima kasih untuk semua ini... tq kema n tq sai... pengalaman ini akan terpahat di hati ecah untuk selamanya... hehehehehe...

Pengalaman pertama potong kek...dah tu disponser leh akma... rasa sangat terharu, tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

akma,
andai kata awk tidak melakukan ini semua pun... memang saya tahu, awk memang sahabat yang terbaik buat saya...begitu gak ngan awk sai.... x perlu diragui....

Terima kasih juga untuk Farihah, Poh Sing, Ustazah kita kat atas sana ( Yumie, Athirah n Hidayah) yang tidak lupa hari lahir sy.... terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya... semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat... anda juga merupakan sahabat terbaik buat saya.

kepada sahabat-sahabat saya yang lain, saya ucapkan terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi sebahagian daripada sahabat anda... n kita sebagai manusia biasa mempunyai kelemahan iaitu, tidak semua perkara kita mampu ingat dalam satu masa...n saya tidak berkecil hati anda terlupa hari lahir saya..... bagi saya, anda juga merupakan sahabat yang terbaik buat saya!!!!!

thanks kerana sudi menjadikan saya sebahagian daripada sahabat anda!!!!!

Saturday, April 18, 2009

Bersyukurlah kepada yang memeberi nikmat!!!!

apakah anda mengita bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa??? padahal masih ramai manusia lain yang tidak mempunyai kaki. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah??? padahal masih ramai manusia lain yang yang kehilangan kedua-dua betisnya. Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua-dua mata? sementara masih ramai manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya. Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin??? sementara masih ramai orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka dertai.

Renungkanlah!!!

betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gadal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud??? Inginkah anda menjual pendengaran seharga perak satu bukit??? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda???, namun anda bisu!!! Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran pertama dengan berlian???, tetapi tangan anda kunung!!!

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tidak terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayanngnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan yang stabil.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainnya. Oleh itu, renungkanlah dan bersyukurlah!!!

('Aidh bin abdullah Al-qarni. 2007. Jangan Bersedih ( ter. Noraine Abu) ms: 4 )

Tuesday, April 7, 2009

Semoga cepat sembuh!!!




Alhamdulillah, sahabat baik ku dah semakin sembuh... masih ku ingat saat ditanya bila aku kan pulang ke kampung... kerana dia amat merindui ku.... bukan ku tidak merinduinya tp waktu tu aku sangat sibuk... maka ku x dapat memenuhi permintaaannya.... emmm dia cuma berkata x mengapa, kalau diizinkan Allah, jumpa juga....


25.03.2009 (4.30 ptg-UKM)

" T, sy masud wad... Kota Baru"


26.03.2009 ( 2.00 ptg-UKM)

" assalamualaikum... sapo ni???"
"waalaikumussalam... ni saen Zura... dia ado???"
" Dio x dok.. misi bawok dio g mano tahu sakni..."
" Ni mok Zura ko?"
" Ni kakok dio....ado gapo tu"
" Bunyi kato Zura masok wad, gano keadaan dio loni?"
" Pipi dio bekok ko kuak.. smale duk gelepa, Dr cocok ubat tido baru tehe"


27.04.2009 (2.00 ptg-Kg)

Bincang gan kawan-kawan nak g tengok zura....

29.03.2009,(12.00 tgh hari)

Bertolak dari Tanah Merah menuju Hospital Raja Zainab I.... aku ke sana bersama sahabatku dengan menggunakan kenderaannya... Thanks kerana sudi temankan ct....

tepat jam 1.15 petang kami sampai kat hospital... tp dia x da kat bilik... jururawat bagi tahu dia sedang berada dalam bilik pembedahan dan akan dibawa ke wad tidak lama lagi...

2.00 petang pegawal keselamat datang bagi tahu waktu melawat telah tamat, namun kelibat zura x kelihatan... aku bertambah hampa... tp berkat pemikiran bernas sahabatku, di sampaing pegawal keselamatan yang tak banyak songeh.... aku tidak dihalau keluar.

2.30 petang, jururawat datang mengambil kain selimut zura dan memberitahuku, zura akan dibawa naik... tunggu punya tunggu, pukul 3.oo petang, bayang zura pun x nampak....

akhirnya, tepat 3.15 petang, penantianku berakhir... menitis air mataku melihat keadaannya yang cukup menyedihkan.... namun dia masih mampu mengukir senyuman untuk kami.... ku menghampiri dan memegang tangannya lalu ku doakan semoga dia cepat sembuh... dia cuma menganggukkan kepala.

besi terpaksa digunakan bagi menggantikan tulang pipinya yang telah reput.... namun Dr masih tidak mengetahui penyakit apa yang dihidapinya...dengan pembedahan tersebut, berakhir lah penderitaan yang ditanggungnya selama setahun....

Wednesday, April 1, 2009

12 mintakulburuj


12 mintakulburuj (12 zodiak)

Keserasian dalam persahabatan dan percintaan mengikut bintang mintakulburuj


21 Disember - 19 Januari ( capricorn- yang menyokong)

ciri + :-
  • Utamakan kejayaan
  • Kesetiaan
  • Tumpuan
  • Kedudukan
  • Berupaya
  • Menyelesaikan masalah
ciri - :-
  • Pesimis
  • Kurang simpati
  • Buat kerana terpaksa
Paling serasi: Aries, Libra, Taurus.
Serasi:
Pisces, cancer, Leo, Virgo, Scorpio, Sagittarius

x serasi: Aquarius, Gemini.


20 Januari- 18 Februari (Aquarius- yag rasional)


Ciri2 +:-
  • Minat kembara
  • Suka maju
  • Suka kumpulan
  • Jiwa kemanusiaan
Ciri2 - :-
  • Suka bantah
  • Sukar dijangka
Paling serasi: Aries, Gemini
Serasi: Pisces, Taurus, Cancer, Leo, Libra, Scorpio, Sagittarius.
x serasi: Capricorn, Virgo.


19 Februari- 20 Mach (Pisces- yang sensitif)

Ciri2 + :-
  • Utamakan cinta sejagat
  • Manja
  • Berjiwa puitis
  • Setia
  • Utamakan kerohanian
  • Persefahaman
  • Sukar mengaku kalah
Ciri2 - :-
  • Berasa keliru
  • Mudah kecewa
  • Menurut rasa hati
Paling serasi: Cancer, Taurus.
Serasi: Capricorn, Aquqrius, Pisces, Leo, Libra, Scorpio, Sagittarius.
x serasi: Aries, Gemini.


21 March- 20 April (Aries- yang penuh daya tarikan)

Ciri2 + :-
  • Berani
  • Ada daya rintis
  • Suka berterus-terang
Ciri2 - :-
  • Kasar
  • Sombong
  • Hasil kerja x sempurna
Paling serasi: Taurus, Aquarius.
Serasi: Pisces, Gemini, Cancer, Leo, Libra, Scorpio, Sagitarius.
x serasi: Cancer, Capricorn.


21 April- 20 May (Taurus-yang setia)

Ciri2 + :-
  • Utamakan kejayaan
  • Setia
  • Kerohanian
  • Terlalu praktis
  • Selalu menjadi
  • Murah rezeki
Ciri2 - :-
  • Keras hati
  • Kebendaan
  • Mengongkong
  • Suka menurut rasa hati
Paling serasi: Cancer, Virgo.
Serasi: Capricorn, Aquqrius, Pisces, Leo, Libra, Scorpio, Sagittarius.
x serasi: Aries. Gemini.


21 May- 20 Jun (Gemini- yang suka bebas)

Ciri2 + :-
  • Serba boleh
  • Petah bercakap
  • Suka kembara
  • Terbuka
  • Rapat dengan keluarga dan jiran
  • Bijak
Ciri2 - :-
  • Cepat bosan
  • Gugup
  • X sempurna
  • Cakap kosong
  • Berpura-pura
  • Keanak-anakan
Paling serasi: Aries, Taurus
Serasi: Capricorn, Aquarius, Pisces, Leo, Libra, Scorpio, Sagittarius.
x serasi: Cancer, Virgo


21 Jun - 20 July (Cancer- yang mesra)


Ciri2 + :-
  • Suka keluarga
  • Ada rasa simpati
  • Agak sensitif
  • Jujur
  • Penyabar
  • Pintar
Ciri2 - :-
  • Bolak- balik
  • Takut perpisahan
  • Terlalu bertahan
Paling serasi: Taurus, Virgo
Serasi: Capricorn, Aquaius, Pisces, Leo, Libra, Scorpio, sagittarius.
x serasi:
Aries, Gemini.



21 July- 21 Ogos (Leo- yang dapat dipercayai)


Ciri2 + :-
  • Utamakan rasa cinta
  • Pemurah
  • Ada daya kepimpinan
  • Berani
  • Rapat dengan keluarga
Ciri2 - :-
  • Tunjuk banyak cakap
  • Menunjuk-nunjuk
  • Kejer kemewahan
  • Ego
Paling serasi: Libra, Sagittarius
Serasi:
Aquqrius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Virgo.

x serasi: Capricorn, scorpio


22 Ogos- 22 September (Virgo- yang serius)

Ciri2 + :-
  • Suka kerja
  • Kerja sempurna
  • Utamakan kesihatan
  • Berdisiplin
  • Sedia berkhidmat
  • Praktis
Ciri2 - :-
  • Rasa bimbang
  • Cerewet
  • Tidak upaya mengaku kalah
  • Suka kritik
Paling serasi: Cancer, Leo
Serasi:
Capricorn, Pisces, Aries, Gemini, Taurus, Libra, Scorpio.

x serasi: Sagittarius. Aquqrius.


23 September- 22 Oktober ( Libra- yang bijaksana)


Ciri2 + :-
  • Harmoni
  • Seimbang
  • Sama rata
  • Diplomasi
  • Suka membantu
  • Sentiasa ceria
Ciri2 - :-
  • Berbolak-balik
  • berpura-pura
  • Tidak jujur
  • Tindakan kurang Seimbang
Paling serasi: Taurus, Leo, Capricorn, Aquarius, Pisces, Cancer,Virgo, Libra, Scopio, Sagittarius. x serasi: Aries, Gemini.


23 Oktober- 22 November ( Scorpio- yang manja)


Ciri2 + :-
  • Ada daya pesona
  • Kreatif
  • Ada kuasa pesona
Ciri2 - :-
  • Cemburu
  • Tuntut bela
  • Tamak
  • Ada daya penyerang
  • Fanatik
Paling serasi: Taurus , Cancer
Serasi:
Capticorn, Aquarius, Pisces, Leo, Virgo, Libra, Sagittarius.

x serasi: Aries, Gemini.


12 November- 20 Disember (Sagittarius-yang berwawasan)


Ciri2 +:-
  • Minat belajar
  • Minda atasan
  • Suka kembara
  • Suka keseronokan
  • Selalu ada tuah
  • Pelbagai impian
Ciri2 - :-
  • Cuai
  • x patuh undang2
  • x jujur
  • x bertanggungjawab
  • Gelisah
Paling serasi: Aries, Gemini
Serasi: aquarius, Pisces, Taurus, Leo, Virgo, Libra, Scorpio
.
x serasi: Cancer, Capricorn.


(Sulaiman Masri. 2002."Panduan belajar di universiti". Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn.Bhd)


Saturday, March 14, 2009

HaaaaaH!!!!!


kesunyian telah membawa ku ke suatu alam yang bernama muhasabah.....

muhasabah diri...... 23 tahun ku menjejakkan kaki ke alam fana sebagai jambatan ke alam baqa. HAH...berdosanya aku kepada-Mu Ya Tuhan...aku telah menzalimi diriku sendiri

(tanpa ku sedari)!!!!!


andai dihitung dengan buih dilautan + bintang dilangit + gunung-ganang di dunia+ segala isi alam nescaya tak terhitung sehingga tiada lagi yang hendak ku bandingkan...... sedangkan pahala yang ku lakukan secebis cuma....




hatiku sangat terluka...... mengapa sebelum aku melakukan kezaliman aku tidak berfikir panjang..... andai ku dapat putarkan waktu.... ingin sekali ku ubah sejarah hidupku.....



masih ada harapan lagi kah untukku?????


sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyanyang.....

Dia sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Az-Zumar, ayat 53, telah memberi harapan baru padaku......



firman Allah S.W.T yang bermaksud:



"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


("Ya Allah aku tak layak masuk syurga Mu, namun ku tak mampu menahan api neraka Mu. Terimalah taubatku ampunilah aku.")

Tuesday, March 3, 2009

Kalau Engkau Lahir


Kalau engkau lahir, anakku
aku tidak berikan padamu nama indah
aku tidak mimpikan engkau orang besar
cukuplah engkau dengan nama biasa
dah menjadi manusia bahagia
walaupun engkau seorang petani
nelayan, pekerja atau penoreh.

Aku tidak mengharapkan engkau orang
besar
cukuplah menjadi manusia bahagia
aku akan beri pelajaran padamu sebagai
bapak
aku tidak berbangga kelahiran sebagai
anak
aku berbahagia kerana engkau menjadi
mausia.


Hari depan adalah milikmu
sama ada engkau jadi Ford
Gagarin, Enshtion atau Tolstoy
tapi jangan jadi gangster sudahlah
aku hanya mengharap menjadi manusia
bahagia
walaupun engkau seorang petani
nelayan, pekerja atau penoreh

Dalam masyarakat membangun
sama-samalah mengikuti zaman
jangan lupa
darimu adalah manusia
aku mahu beritahu padamu:
kemewahan tak pernah memberi
kebahagiaan
kebagiaan sejati adalah pada cinta
cintamu sebagai manusia
cinta pada manusia, cinta pada alam
cinta pada kemanusiaan, cinta pada
Tuhan


cinta pada kehidupan, cinta pada
kebajikan
cinta pada keadilan, cinta pada
kemerdekaan
di sana engkau temui kebahagian.

Kalau engkau lahir
inilah peninggalanku padamu
sebuah puisi dari permata atau pesta
sebelum mengucapkan:
selamat jalan
selamat engkau datang!
jauh.....
di hujung mimpi
di hujung bintang pagi

(Nahmar Jamil. 1972)

Friday, February 27, 2009

jadikah esok??????




emmmmmmmmmm......... mata lum ngantuk lagi........ biasanya waktu-waktu begini bantal ku sudah aktif melakar peta Malaysia...... perjalanan hr ni agak penat kit..... tepat jam 9 pagi, aku dan Farihah ke PPBL mencari bahan untuk tesis. Kemudian muncul Kema memecahkan kesunyian... Kami bersama ke cansolori untuk menunt cek dialek Kedah yang kami jalankan bulan lalu. Tanpa buang masa kami terus ke kajang untuk bank-in kan cek tersebut. Setelah menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba, kami terus ke Mydin. Pusing sana, pusing sini........ emmm bayarlah....lepas bank in kan cek... tiba-tiba perut lak menyanyi. Jumpa kedai, santap lah dulu...huhuhu...biasalah Farihah dan Kema oder nasi goreng pataya n aku nasi goreng paprik.... alhamdulillah... rezeki dari Tuhan!!!!! ambil bas terus balik....




Kul 7.30 malam


DUP....DAP....DUP....DAP....


Emmmmmmmmmm nape lah jantungku berdenyut kencang ?


Mek, abah kat kampung ke?


Alhamdulillah.


DUP...DAP...DUP....DAP....


Emmmmmmmmmmm


Temu janji esok..........


Mungkinkah tertangguh lagi?????????????


Makin lama, makin rancak jantungku BEKERJA pengepam darah ke seluruh tubuhku.....


Emmmmmmmmmmm.......


Andainya esok menjadi puncanya...


Ku pasrah n terima seadanya.........


Tak mengapa,


Diizinkan Allah bertemu juga kita walaupun di hujung NYAWA!!!




Lantas ku perdengarkan alunan Yassin dan Al-Baqaroh di telinga....


Bukan tak nak memperdengarkan dengan suara sendiri


Tapi syariat tidak mengizinkan.....


Emmmmmmmmmmm


Alhamdulillah,


Akhirnya, DEBARAN itu berlari jauh meninggalkan ku.....




"Assalammualaikum....andainya sudah tercatat di dalam buku Ilahi, insyaallah, esok pasti kita bertemu juga "


" waalaikumussalam... insyaallah. "


" Semoga Allah merahmati pertemuan kita. Seperti yang dijanjikan, insyaallah tiada perubahan. nantikan esok."


"Amin. Jumpa esok."




"Ya Allah, sesungguhnya aku ini hamba-Mu yang lemah... tidak ku ketahui apa yang berada di hadapan dan belakangku... sesungguhnya Engkau Maha mengetahuinya... Ya Allah, lancarkan lah pertemuan kami dan rahmati kami....tiadalah pertemuan ini untuk menambahkan kemurkaan-Mu...melainkan untuk mendapat keredaan-Mu...Amin"