" Sesiapa yang membuat kejahatan dan kezaliman terhadap dirinya, kemudian ia memohon ampunkepada Allah nescaya ia dapati Allah sangat pengampun dan sangat mengasihani."
"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuailah) nsesungguhnya Kami telah menjadikn kamu dari tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki, sampai waktu yang telah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian Kami keluarkan (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu dipanjangkan umurnya sampai tua, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya...."
Abu Hurairah meriwayatkan:Nabi s.a.w. pada suatu hari bertanya:"Jika seseorang memiliki sungai yang mengalir berdekatan dengan rumahnya, dan dia mandi lima kali sehari, apakah ada kotoran ditubuhnya?"
Kami semua pun menjawab:"Tentu sahaja tidak akan ada kotoran ditubuhnya."
Nabi s.a.w. berkata: "Begitu juga halnya dengan solat lima waktu. Allah mengampuni dosa-dosa seseorang melalui solat lima waktu." (Iman al-Bukhari)
Followers
insan
"Tiada insan suci yang tidak pernah mempunyai masa lampau dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan."
TQ!!!!
aristotle
"kita menjadi apa yang kita lakukan, maka kecemerlangan bukanlah satu tindakan, tetapi adalah satu tabiat"
No comments:
Post a Comment