
Umat Islam digalakkan membaca bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan kerana ianya mendatangkan banyak faedah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala.
Seseorang yang membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.
Seseorang yang Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah membaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang yang zalim, maka orang zalim itu, akan tunduk dan menjadi takut.
Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu. Insya Allah akan hidup anak yang dikandung.
Kepada peniaga, bacalah 786 kali di hadapan barang dagangan, lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
No comments:
Post a Comment